Harini aku berpeluang duduk seorang..
berfikir tentang diri aku..
da lame aku x dapat peluang macam ni..ataupun aku sendiri yang xnak cari peluang tu..ermm..
bile aku kenang kan kembali...
da masuk 3 tahun lebih aku dekat upm ni..
macam perkara yang telah aku lalui kat sini..
macam2 orang yang aku kenal kat sini..
sume perkara yang aku lalui ade yang segar dalam ingatan aku..
dan mungkin ade yang aku lupe..
aku slalu bandingkan kehidupan aku yang lepas dan sekarang..
aku ingat lagi mase zaman aku skol dulu..
kat mozac..seingat aku sepanjang mase aku kat sane aku rase ade ketikanya aku rase tersiksa sangat...
dan ade ketikanya aku rase bahagia n seronok sangt..
tapi bile aku cube rasekan sume kenangan 2,ape yang aku rase adelah kebahagian..
mungkin kenangan 2 adalah satu perkara yang membahagiakan walaupun pada asal masanya begitu menyakitkan..
kalau btol la ape yang aku katekan ni,maknanye btolah mase itu boleh merubati kelukaan...
tapi kat sini aku bukan nak fikirkan sangat zaman skol aku..
aku tertarik tuk merungkai balik segala ape yang aku lalui di bumi serdang ni..
di sini aku rase seronok..
aku ade ramai kawan..
x kurang gak musuh..
nape aku ade musuh??
entahla...
mungkin senbab aku bukan orang yang baik..
dekat sini aku blajar sesuatu yang aku x blajar di tempat lain...
banyak benda..
akupun x tau nak mula kat mane..
biar aku cerita dari mule aku kat upm..
tapi..
perluke aku cerita kat sini?
perluke orang tau pasal aku?
sape aku nak cerita pasal aku?
huhu..
biar aku fikir dulu..
Monday, May 18, 2009
kehidupan..
Posted by Khairul@k14uPm at 10:09 AM 3 comments
Friday, February 6, 2009
Pocong!!!

Posted by Khairul@k14uPm at 2:11 AM 0 comments
Sunday, February 1, 2009
Menceroboh hak orang lain
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah diharamkan darahnya,hartanya,dan kehormatanya"
Posted by Khairul@k14uPm at 7:47 AM 0 comments
Seperti yang kite selalu dengar di dada akhbar,banyak kisah - kisah sedih tentang saudara kita di Palestin.Saudara kita yang ditembak seperti binatang yang diburu.Peluru yang datang seperti hujan.Mungkin disini ada diantara kita yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi - mimpi indah,ade yang sedang asyik menonton wayang rekaan pembunuh-pembunuh dari barat ini,ada yang berjalan berpimpin-pimpin tangan sambil melihat keindahan bumi ciptaan Allah bersama orang yang tersayang duduk disebelah,mungkin ade yang sedang menjamu selera di restoran-restoran yang mahal dan indah.Namun ape yang pastinya,Kita sume sedang dalam satu suasana yang selesa,aman dan damai.Tetapi apakah kaitan kita dan saudara kita di Palestin?Mengapa kita mesti melihat kesedihan orang lain sedangkan kita sedang bergembira?Apakah kita tidak layak untuk bergembira?Adakah kerana kesilapan saudara kita sendiri yang tidak mampu mempertahankan negaranya sendiri,perlu kita tanggung bersama?Mengapa kita perlu menderma sejumlah wang yang banyak semata - semata untuk tolong mereka sedangkan negara kita sendiri mengalami desakan ekonomi yang teruk?apakah jawapan anda sebagai pemerhati???
Bagi saya,kite perlu menolong mereka walaupun kita dalam keadaan yang susah adalah kerana kita manusia,yang dikurniakan akal oleh Allah....
Segala persoalan ini akan dijawap oleh akal dan perasaan..
Posted by Khairul@k14uPm at 1:44 AM 0 comments
Friday, January 23, 2009
Jepun telah mengumumkan penghapusan duti import bagi 88 peratus produk Malaysia yang dieksport ke negara itu.Ini berikutan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Asean-Jepun(AJCEP).Pengecualian duti import ini berkuatkuasa pada 1 februari 2009.Duti bagi 4 peratus produk Malaysia lagi dijangka akan dihapuskan dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi.Pengurangan dan penghapusan duti bagi 102 produk lagi akan dipercepatkan termasuk produk petroleum dan semua bentuk polivinil klorida.Perdagangan Malaysia dengan Jepun untuk tempoh Januari-November 2008 berjumlah RM124.34 bilion. Eksport ke Jepun berjumlah RM63.45 bilion dan import dari Jepun sebanyak RM60.88 bilion. Pada 2007, Jepun adalah rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia dengan nilai dagangan RM120.8 bilion (eksport: RM55.2 bilion dan import: RM65.5 bilion). Perdagangan dengan Jepun menyumbang 10.9 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan dunia pada 2007. Jepun juga adalah sumber penting untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi Malaysia. Malaysia meluluskan pelaburan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.5 bilion) dari Jepun dan meluluskan pelaburan syarikat Jepun di Malaysia pada 2008 sebanyak AS$1.3 bilion (RM4.5 bilion).Ini merupakan satu peluang yang besar rakyat Malaysia untuk menceburkan diri dalam perniagaan di peringkat antarabangsa.Jepun merupakan satu tapak yang sesuai untuk melakukan pelaburan memandangkan insentif yang diberikan oleh kerajaan jepun.Selain itu Jepun juga mempunyai teknologi serta pekerja mahir yang tinggi.Ini membuatkan setiap pelaburan yang dilakukan mendapat manfaat.Penghapusan duti import ini juga membolehkan produk-produk Malaysia lebih berdaya saing dengan produk-produk dari negara lain.
Posted by Khairul@k14uPm at 12:53 AM 1 comments
