? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 23, 2009


Jepun telah mengumumkan penghapusan duti import bagi 88 peratus produk Malaysia yang dieksport ke negara itu.Ini berikutan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Asean-Jepun(AJCEP).Pengecualian duti import ini berkuatkuasa pada 1 februari 2009.Duti bagi 4 peratus produk Malaysia lagi dijangka akan dihapuskan dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi.Pengurangan dan penghapusan duti bagi 102 produk lagi akan dipercepatkan termasuk produk petroleum dan semua bentuk polivinil klorida.Perdagangan Malaysia dengan Jepun untuk tempoh Januari-November 2008 berjumlah RM124.34 bilion. Eksport ke Jepun berjumlah RM63.45 bilion dan import dari Jepun sebanyak RM60.88 bilion. Pada 2007, Jepun adalah rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia dengan nilai dagangan RM120.8 bilion (eksport: RM55.2 bilion dan import: RM65.5 bilion). Perdagangan dengan Jepun menyumbang 10.9 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan dunia pada 2007. Jepun juga adalah sumber penting untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi Malaysia. Malaysia meluluskan pelaburan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.5 bilion) dari Jepun dan meluluskan pelaburan syarikat Jepun di Malaysia pada 2008 sebanyak AS$1.3 bilion (RM4.5 bilion).Ini merupakan satu peluang yang besar rakyat Malaysia untuk menceburkan diri dalam perniagaan di peringkat antarabangsa.Jepun merupakan satu tapak yang sesuai untuk melakukan pelaburan memandangkan insentif yang diberikan oleh kerajaan jepun.Selain itu Jepun juga mempunyai teknologi serta pekerja mahir yang tinggi.Ini membuatkan setiap pelaburan yang dilakukan mendapat manfaat.Penghapusan duti import ini juga membolehkan produk-produk Malaysia lebih berdaya saing dengan produk-produk dari negara lain.