? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 5, 2009

ke makam bonda

Usman Awang Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Tuesday, July 14, 2009

Yes NIGHT????

Aku terpangil untuk memberi sedikit pendapat aku tentang segelintir mahasiswa yang sering atau mungkin aku boleh katakan tidak sedar yang mereka merasakan diri mereka terlalu hebat.Baru-baru ini aku ade mendapat sehelai risalah daripada mahasiswa yang cube membawa ideologi nye.Mungkin ape yang cube dibawanya adalah sesuatu yang baik dan bagus.Tapi sayang niat tidak menghalalkan cara.Aku rase gembira akan pembaharuan yang cube dibawanya.tapi dalam masa yang sama aku sedih...setiap tutur kata dalam nukilanya nampak seperti sangat angkuh.Aku percaya die x berniat untuk menyakiti hati sape-sape...namun ape yang aku kesali disini,setiap ape yang dikatakan di dalam tulisanya itu lansung tidak mencerminkan seorang mahasiswa yang BERTANGUNGJAWAB dalam menyumbangkan sesuatu kepada mahasiswa lain.di dalam tulisanya die sering mengajar mahasiswa lain tentang bagaimana menyoal persatuan-persatuan lain dan menilai mereka dari jawapan mereka.Kini aku ade persoalan untuk mereka.dan bolehkah aku menilai mereka? Mereka sering membicarakan tentang kepimpinan,keusahawanan,dan aktiviti-aktivi pelajar...
Soalan aku,apekah yang kamu tahu tentang nilai?apakah yang kamu faham tentang nilai?
Rasenya aku da dapat jawapan dari kamu melalui risalah yang kamu tulis sendiri.
Kamu menulis “yang gile merit/ sijil” dalam artikel kamu.didalam jelas-jelas tertulis ‘jangan sertai aktiviti sampah-sampah tu semata untuk merit supaya dapat stay kolej”.Adakah kamu sudah selidik dengan jelas dan nyata melalui kaedah yang diakui tepat bahawa aktiviti-aktiviti itu adalah sampah?adakah andaian sampah kamu ini hanya berdasarkan daripada pandangan kamu semata-mata?
Kamu perlu ingat....tuduhan kamu ini terlalu general..dan secara tidak lansung melibatkan semua orang.adakah kamu pasti sumenye adalah sampah?hasil titik peluh orang lain yang niatnye baik untuk pembangunan insan walaupun aktivitinye tidak la sehebat kamu,adakah kamu berhak menggelarnya sebagai sampah?kamu perlu ingat merit hanyelah ganjaran kecil didunia,tapi sekecil mana aktiviti itu,walaupun AJK pungut sampah sekalipun,pelbagai ilmu boleh kamu pelajari dari situ.Kalau kamu mengelar diri kamu sebagai pemimpin,xperlu saya terangkan ape yang kamu boleh dapat dengan menjadi AJK pungut sampah.Dan ilmu itu bukan hanya diguna untuk 4 tahun.ilmu itu boleh diguna sampai kamu dalam kubur!. Saya juga tertarik dengan artikel “yang gile kuasa ”.Kamu menulis seperti kamu arif tentang organisasi orang.kamu faham ape yang berlaku dalam organisasi orang.satu soklan buat saya dalam artikel kamu ini.adakah kamu sudah berjaya mendapatkan pekerjaan sehingga kamu boleh sewenang-wenangnye kata tentang orang lain?selain artikel itu kamu juga ada menulis ‘yang terlebih usahawan”.Menjual barang- barang seperti keropok atau air bukan la satu kerja yang membazir.tapi sebagai satu pengalaman yang bermakna.dan pengalaman ini akan mengajar mereka menjadi lebih bagos daripada kamu.bermula dari yang kecil barula dapat buat sesuatu yang besar.Mereka menjual secara kecil kecilan tapi lebih bagos daripada mereka yang meminta duit daripada ibu bapa.Memang betul kata kamu bahawa masuk di universiti adalah untuk mencari ilmu.tapi adakah kamu merasakan yang menjual secara kecil kecilan itu juga bukan mencari ilmu?pikirlah sendiri...satu yang aku nak berkonsi dengan kamu...dalam kite mendirikan rumah,perkara paling penting adalah tapaknye dahulu...tapaknye harus kukuh..untuk memastikan rumahnye kukuh.x salah jika kamu dan golongan mahasiswa lain mampu melakukan perkara-perkara yang besar.itu bagus dan sangat dipuji.teruskan.tapi masih ade segelintir yang perlu belajar lagi perkara-perkara asas.dan ini lah yang diberikan oleh kawan2 kite di kolej dan persatuan2 lain.bukan smpah yang kamu perkatakan sebelum ini.Dalam sebuah cerita,seorang bijak pandai,yang memandang rendah kepada seorang anak kampung yang yang hanye seorang pendayung sampan.tapi akhirnye bijak pandai tu mati lemas.mane ilmu die yang hebat?dapat selamatkan die ke?ingat...ilmu itu seluas lautan.dan kite hanya memiliki setitis dari itu.renungkanla....

Monday, May 18, 2009

kehidupan..

Harini aku berpeluang duduk seorang..
berfikir tentang diri aku..
da lame aku x dapat peluang macam ni..ataupun aku sendiri yang xnak cari peluang tu..ermm..
bile aku kenang kan kembali...
da masuk 3 tahun lebih aku dekat upm ni..
macam perkara yang telah aku lalui kat sini..
macam2 orang yang aku kenal kat sini..
sume perkara yang aku lalui ade yang segar dalam ingatan aku..
dan mungkin ade yang aku lupe..
aku slalu bandingkan kehidupan aku yang lepas dan sekarang..
aku ingat lagi mase zaman aku skol dulu..
kat mozac..seingat aku sepanjang mase aku kat sane aku rase ade ketikanya aku rase tersiksa sangat...
dan ade ketikanya aku rase bahagia n seronok sangt..
tapi bile aku cube rasekan sume kenangan 2,ape yang aku rase adelah kebahagian..
mungkin kenangan 2 adalah satu perkara yang membahagiakan walaupun pada asal masanya begitu menyakitkan..
kalau btol la ape yang aku katekan ni,maknanye btolah mase itu boleh merubati kelukaan...
tapi kat sini aku bukan nak fikirkan sangat zaman skol aku..
aku tertarik tuk merungkai balik segala ape yang aku lalui di bumi serdang ni..
di sini aku rase seronok..
aku ade ramai kawan..
x kurang gak musuh..
nape aku ade musuh??
entahla...
mungkin senbab aku bukan orang yang baik..
dekat sini aku blajar sesuatu yang aku x blajar di tempat lain...
banyak benda..
akupun x tau nak mula kat mane..
biar aku cerita dari mule aku kat upm..
tapi..
perluke aku cerita kat sini?
perluke orang tau pasal aku?
sape aku nak cerita pasal aku?
huhu..
biar aku fikir dulu..

Friday, February 6, 2009

Pocong!!!




Baru-baru ni aku ada terbaca cerita berkenaan pocong dan ilmu-ilmu ghaip.Antara yang memeranjatkan aku adalah jabatan agama islam di johor x silap ada membakar pocong-pocong dijumpai di sungai.Sebelum terjumpanya nye pocong-pocong tu,aku difahamkan penduduk dikampung berdekatan telah lama digangu oleh benda-benda aneh.Dan ade juga cerita aku dengar orang jumpa bangkai ayam yang dikafankan.Ilmu-ilmu macamni aku percaya memang ada,tapi apa faedahnya untuk jangkamasa yang panjang?ada ke orang kaya hanya guna ilmu hitam??kalau ada kenapa die x tersenarai dalam 10 terkaya didunia??atau yang tersenarai 10 terkaya didunia itu,jin die lagi besar??lu pikir la sendiri..


Gambar dekat putrajaya..


kaki..boleh menimbulkan seribu cerita..huhu..


pemandangan di muar..

Sunday, February 1, 2009

Menceroboh hak orang lain

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah diharamkan darahnya,hartanya,dan kehormatanya"

Seperti yang kite selalu dengar di dada akhbar,banyak kisah - kisah sedih tentang saudara kita di Palestin.Saudara kita yang ditembak seperti binatang yang diburu.Peluru yang datang seperti hujan.Mungkin disini ada diantara kita yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi - mimpi indah,ade yang sedang asyik menonton wayang rekaan pembunuh-pembunuh dari barat ini,ada yang berjalan berpimpin-pimpin tangan sambil melihat keindahan bumi ciptaan Allah bersama orang yang tersayang duduk disebelah,mungkin ade yang sedang menjamu selera di restoran-restoran yang mahal dan indah.Namun ape yang pastinya,Kita sume sedang dalam satu suasana yang selesa,aman dan damai.Tetapi apakah kaitan kita dan saudara kita di Palestin?Mengapa kita mesti melihat kesedihan orang lain sedangkan kita sedang bergembira?Apakah kita tidak layak untuk bergembira?Adakah kerana kesilapan saudara kita sendiri yang tidak mampu mempertahankan negaranya sendiri,perlu kita tanggung bersama?Mengapa kita perlu menderma sejumlah wang yang banyak semata - semata untuk tolong mereka sedangkan negara kita sendiri mengalami desakan ekonomi yang teruk?apakah jawapan anda sebagai pemerhati???
Bagi saya,kite perlu menolong mereka walaupun kita dalam keadaan yang susah adalah kerana kita manusia,yang dikurniakan akal oleh Allah....
Segala persoalan ini akan dijawap oleh akal dan perasaan..