Sunday, December 13, 2009
Posted by Khairul@k14uPm at 7:32 PM 0 comments
Wednesday, November 11, 2009
Harapan...
Posted by Khairul@k14uPm at 7:04 PM 1 comments
Friday, October 30, 2009
Sang Puteri Jenaka
Si mata redup di sebalik kaca,
Ukiran senyuman melayu bercampur seberang,
Riak rupanya bagaikan bulan terang,
Gelagat senangnya mengikat hati,
SI puteri senyuman,
Yang menawan hati setiap insan,
Tiap tutur kata penuh gelagat,
Mencuit hati bonda sang putera,
Tutur kata berulam tawa,
Senyum manis dihias permata bibir,
Membuat alam terasa nikmat,
Si lurus yang berdiri di hadapan.
Menjadikan air mata sebagai teman,
Bulan yang terang diliputi awan,
Gelagat yang senang dihapus taufan,
Si mata redup yang dihadapan,
Membenarkan air mata menghiasi diri,
Merelakan hati dimamah mimpi,
Mimpi pergi membawa diri,
Bersama harapan di bawa diri,
Walaupun hati belum dipulang kembali,
Bersama bayu laut harapan diluah,
Mengikat hati pada sampan hanyut,
Yang dahulunya dikemudi bersama,
Kini tinggal pendayung usang,
Wahai puteri malang x terperi,
Malang mu itu Cuma gurauan,
Gurauan indah untuk dirimu,
Menjadi bekalan masa hadapan mu,
Menjadi kenangan masa lalumu,
Menjadi kan diri mu seadanya kamu,
Usahla di bawa mimpi yang perit,
Usah dibawa harapan yang sakit,
Bawa la diri dan kasihmu,
Bersama bekalan buat dirimu,
Di hadapan menanti,
Cahaya kebahagian sang puteri,
Kembalikan senyuman pada dirimu,
Terang kan kembali cahaya bulan mu,
Sesungguhnya tubuh mu hati mu dan dirimu,
Merindui kamu sang puteri jenaka……….
Posted by Khairul@k14uPm at 9:47 AM 5 comments
Friday, August 14, 2009
Dilema anak malaysia
Tanggal 31 Ogos 2009 genap sudah 52 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan.Dan selama 52 tahun itu juga la kita melihat pelbagai perubahan yang berlaku pada negara tanah air tercinta kita.Di suatu sudut di bandar,kita boleh melihat dengan jelas,banggunan pencakar langit yang tinggi,deretan kereta-kereta bangsa malaysia yang besar-besar dan mewah,deretan pusat-pusat beli belah yang sentiasa menanti mangsanya.Tidak ketingalan juga deretan manusia yang pelbagai rupa,agama,pertuturan dan juga bangsa.Di suatu sudut di desa pula kita boleh melihat deretan rumah- rumah besar tegak berdiri.Deretan kedai-kedai makan yang penuh manusia.Anak-anak muda yang masih mentah menungang motosikal mengelilingi desa sambil tersenyum ceria.Sungguh indah Malaysia pada hari ini.Sungguh makmur negara yang terbentang luas ini.Jika ini lah yang dibayangkan oleh pejuang yang mengalirkan darah mereka semasa menukarkan nyawa dan penderitaan mereka,hanya untuk anak dan cucu mereka, merasai ape yang kita rasai sekarang,maka saya hanya mampu menitiskan air mata dan sedekah surah Al Fatihah buat mereka.Mengapa mereka harus menderita untuk kita?adakah kita akan melakukan perkara yang sama pada anak cucu kita?Apa pengorbanan kita untuk anak cucu kita?
Jika mereka dihidupkan kembali dan berdiri dihadapan kita,saya percaya mereka dengan bangganya akan menyatakan betapa besarnye pengorbanan mereka memberi kebahagiaan kepada kita hari ini!Leftenan Adnan mati dibunuh jepun! dan mayat nye ditikam-tikam sehingga warisnye tidak kenal rupa mayatnye!namun beliau berdiri menghadapi musuh dengan gagah beserta laungan Allah hu akhbar!!! Untuk ape beliau buat semua ini?!!adakah untuk kepentingannya atau untuk kekayaan dia?!Dia sudah meninggal!!dan dia tidak pernah merasa kesenangan hasil dari perjuangannye.Balai polis bukit kepong! Semua anggota polis yang ade di dalam balai polis pada masa itu melihat sendiri seorang demi seorang rakan mereka mati ditembak!!untuk ape mereka melalui semua ini?! Ape yang mereka dapat dengan mengorbankan diri demi negara?!mereka tidak dapat apa-apa didunia ini,melainkan keperitan dan kesakitan.siapakah mereka semua ini sebenarnya?siapakah mereka ini dimata kita.Dengan hati yang sedih dan pilu,mereka inilah yang saya gelarkan,pemimpin malaysia!! Mereka adalah pemimpin dan pejuang yang sebenar!keikhlasan dan semangat perjuangngannya untuk Malaysia tidak boleh kita sangkal malah tidak boleh kita ragui!Namun ape yang menyedihkan pada hari ini,dimana kita..dimana kita berada untuk mengekalkan ape yang telah mereka perjuangkan ini.Kita bangga dengan berkata “saya boleh menjadi pemimpin!!”.kita bangga dengan berkata “kita telah banyak mencapai kemajuan!”.Kita juga bangga dengan berkata “Saya anak malaysia!”.Adakah semua kata-kata kita itu adalah kata-kata yang ikhlas di dalam hati atau sekadar kata-kata untuk memenuhi rancangan-rancangan tv?..adakah kita seberani pejuang terdahulu,yang sanggup berkorban untuk orang lain merasa kesenangannya?kita lihat Malaysia pada hari ini...adakah kita masih mempunyai pemimpin seperti pemimpin terdahulu?pemimpin yang betol-betol memperjuangkan rakyat!...adakah kita mempunyai pemimpin yang sanggup susah semata-mata ingin melihat rakyat senang?!!Jika ye! Kenapa rakyat lebih susah daripada pemimpin?! terdahulu telahpun membuktikan yang mereka bukan sekadar bercakap bohong!Biar putih tulang,jangan sesekali putih mata!bagi mereka yang merasa diri mereka pemimpin yang memperjuangkan rakyat...saya mohon tepuk la dada,tanya la selera,siapakah anda jika anda benar-benar seorang “pemimpin”.Jika dahulu nenek moyang kita berkorban darah untuk kesenangan kita.Maka harusla kita menjaganye dengan cara yang sama.Jika dahulu nenek moyang kita menghunus senjata menentang penjajah,semata-mata untuk mengekalkan bangsa kita sentiasa ada dan berdaulat.Maka harusla kita menjaga bangsa kita dan jangan sesekali kita menumpahkan darah bangsa kita sendiri.Kerana jika itu yang kita lakukan,maka kita lebih teruk daripada penjajah.Jika Nenek moyang kita syahid dalam peperangan untuk memastikan keamanan negara kita,maka harusla kita menjaga keamanan negara kita dengan nyawa kita.Berfikirlah seperti orang dewasa,apakah yang dimaksudkan bangsa dan negara yang berdaulat.Semoga kita dapat mengimbau perkara yang lepas supaya kita tidak mengulanginye kembali.
Posted by Khairul@k14uPm at 10:23 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
MELAYU
Posted by Khairul@k14uPm at 6:14 AM 2 comments
ke makam bonda
Posted by Khairul@k14uPm at 6:10 AM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
Yes NIGHT????
Aku terpangil untuk memberi sedikit pendapat aku tentang segelintir mahasiswa yang sering atau mungkin aku boleh katakan tidak sedar yang mereka merasakan diri mereka terlalu hebat.Baru-baru ini aku ade mendapat sehelai risalah daripada mahasiswa yang cube membawa ideologi nye.Mungkin ape yang cube dibawanya adalah sesuatu yang baik dan bagus.Tapi sayang niat tidak menghalalkan cara.Aku rase gembira akan pembaharuan yang cube dibawanya.tapi dalam masa yang sama aku sedih...setiap tutur kata dalam nukilanya nampak seperti sangat angkuh.Aku percaya die x berniat untuk menyakiti hati sape-sape...namun ape yang aku kesali disini,setiap ape yang dikatakan di dalam tulisanya itu lansung tidak mencerminkan seorang mahasiswa yang BERTANGUNGJAWAB dalam menyumbangkan sesuatu kepada mahasiswa lain.di dalam tulisanya die sering mengajar mahasiswa lain tentang bagaimana menyoal persatuan-persatuan lain dan menilai mereka dari jawapan mereka.Kini aku ade persoalan untuk mereka.dan bolehkah aku menilai mereka? Mereka sering membicarakan tentang kepimpinan,keusahawanan,dan aktiviti-aktivi pelajar...
Soalan aku,apekah yang kamu tahu tentang nilai?apakah yang kamu faham tentang nilai?
Rasenya aku da dapat jawapan dari kamu melalui risalah yang kamu tulis sendiri.
Kamu menulis “yang gile merit/ sijil” dalam artikel kamu.didalam jelas-jelas tertulis ‘jangan sertai aktiviti sampah-sampah tu semata untuk merit supaya dapat stay kolej”.Adakah kamu sudah selidik dengan jelas dan nyata melalui kaedah yang diakui tepat bahawa aktiviti-aktiviti itu adalah sampah?adakah andaian sampah kamu ini hanya berdasarkan daripada pandangan kamu semata-mata?
Kamu perlu ingat....tuduhan kamu ini terlalu general..dan secara tidak lansung melibatkan semua orang.adakah kamu pasti sumenye adalah sampah?hasil titik peluh orang lain yang niatnye baik untuk pembangunan insan walaupun aktivitinye tidak la sehebat kamu,adakah kamu berhak menggelarnya sebagai sampah?kamu perlu ingat merit hanyelah ganjaran kecil didunia,tapi sekecil mana aktiviti itu,walaupun AJK pungut sampah sekalipun,pelbagai ilmu boleh kamu pelajari dari situ.Kalau kamu mengelar diri kamu sebagai pemimpin,xperlu saya terangkan ape yang kamu boleh dapat dengan menjadi AJK pungut sampah.Dan ilmu itu bukan hanya diguna untuk 4 tahun.ilmu itu boleh diguna sampai kamu dalam kubur!. Saya juga tertarik dengan artikel “yang gile kuasa ”.Kamu menulis seperti kamu arif tentang organisasi orang.kamu faham ape yang berlaku dalam organisasi orang.satu soklan buat saya dalam artikel kamu ini.adakah kamu sudah berjaya mendapatkan pekerjaan sehingga kamu boleh sewenang-wenangnye kata tentang orang lain?selain artikel itu kamu juga ada menulis ‘yang terlebih usahawan”.Menjual barang- barang seperti keropok atau air bukan la satu kerja yang membazir.tapi sebagai satu pengalaman yang bermakna.dan pengalaman ini akan mengajar mereka menjadi lebih bagos daripada kamu.bermula dari yang kecil barula dapat buat sesuatu yang besar.Mereka menjual secara kecil kecilan tapi lebih bagos daripada mereka yang meminta duit daripada ibu bapa.Memang betul kata kamu bahawa masuk di universiti adalah untuk mencari ilmu.tapi adakah kamu merasakan yang menjual secara kecil kecilan itu juga bukan mencari ilmu?pikirlah sendiri...satu yang aku nak berkonsi dengan kamu...dalam kite mendirikan rumah,perkara paling penting adalah tapaknye dahulu...tapaknye harus kukuh..untuk memastikan rumahnye kukuh.x salah jika kamu dan golongan mahasiswa lain mampu melakukan perkara-perkara yang besar.itu bagus dan sangat dipuji.teruskan.tapi masih ade segelintir yang perlu belajar lagi perkara-perkara asas.dan ini lah yang diberikan oleh kawan2 kite di kolej dan persatuan2 lain.bukan smpah yang kamu perkatakan sebelum ini.Dalam sebuah cerita,seorang bijak pandai,yang memandang rendah kepada seorang anak kampung yang yang hanye seorang pendayung sampan.tapi akhirnye bijak pandai tu mati lemas.mane ilmu die yang hebat?dapat selamatkan die ke?ingat...ilmu itu seluas lautan.dan kite hanya memiliki setitis dari itu.renungkanla....
Posted by Khairul@k14uPm at 9:37 AM 2 comments
Monday, May 18, 2009
kehidupan..
Harini aku berpeluang duduk seorang..
berfikir tentang diri aku..
da lame aku x dapat peluang macam ni..ataupun aku sendiri yang xnak cari peluang tu..ermm..
bile aku kenang kan kembali...
da masuk 3 tahun lebih aku dekat upm ni..
macam perkara yang telah aku lalui kat sini..
macam2 orang yang aku kenal kat sini..
sume perkara yang aku lalui ade yang segar dalam ingatan aku..
dan mungkin ade yang aku lupe..
aku slalu bandingkan kehidupan aku yang lepas dan sekarang..
aku ingat lagi mase zaman aku skol dulu..
kat mozac..seingat aku sepanjang mase aku kat sane aku rase ade ketikanya aku rase tersiksa sangat...
dan ade ketikanya aku rase bahagia n seronok sangt..
tapi bile aku cube rasekan sume kenangan 2,ape yang aku rase adelah kebahagian..
mungkin kenangan 2 adalah satu perkara yang membahagiakan walaupun pada asal masanya begitu menyakitkan..
kalau btol la ape yang aku katekan ni,maknanye btolah mase itu boleh merubati kelukaan...
tapi kat sini aku bukan nak fikirkan sangat zaman skol aku..
aku tertarik tuk merungkai balik segala ape yang aku lalui di bumi serdang ni..
di sini aku rase seronok..
aku ade ramai kawan..
x kurang gak musuh..
nape aku ade musuh??
entahla...
mungkin senbab aku bukan orang yang baik..
dekat sini aku blajar sesuatu yang aku x blajar di tempat lain...
banyak benda..
akupun x tau nak mula kat mane..
biar aku cerita dari mule aku kat upm..
tapi..
perluke aku cerita kat sini?
perluke orang tau pasal aku?
sape aku nak cerita pasal aku?
huhu..
biar aku fikir dulu..
Posted by Khairul@k14uPm at 10:09 AM 3 comments
Friday, February 6, 2009
Pocong!!!
Posted by Khairul@k14uPm at 2:11 AM 0 comments
Sunday, February 1, 2009
Menceroboh hak orang lain
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah diharamkan darahnya,hartanya,dan kehormatanya"
Posted by Khairul@k14uPm at 7:47 AM 0 comments
Seperti yang kite selalu dengar di dada akhbar,banyak kisah - kisah sedih tentang saudara kita di Palestin.Saudara kita yang ditembak seperti binatang yang diburu.Peluru yang datang seperti hujan.Mungkin disini ada diantara kita yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi - mimpi indah,ade yang sedang asyik menonton wayang rekaan pembunuh-pembunuh dari barat ini,ada yang berjalan berpimpin-pimpin tangan sambil melihat keindahan bumi ciptaan Allah bersama orang yang tersayang duduk disebelah,mungkin ade yang sedang menjamu selera di restoran-restoran yang mahal dan indah.Namun ape yang pastinya,Kita sume sedang dalam satu suasana yang selesa,aman dan damai.Tetapi apakah kaitan kita dan saudara kita di Palestin?Mengapa kita mesti melihat kesedihan orang lain sedangkan kita sedang bergembira?Apakah kita tidak layak untuk bergembira?Adakah kerana kesilapan saudara kita sendiri yang tidak mampu mempertahankan negaranya sendiri,perlu kita tanggung bersama?Mengapa kita perlu menderma sejumlah wang yang banyak semata - semata untuk tolong mereka sedangkan negara kita sendiri mengalami desakan ekonomi yang teruk?apakah jawapan anda sebagai pemerhati???
Bagi saya,kite perlu menolong mereka walaupun kita dalam keadaan yang susah adalah kerana kita manusia,yang dikurniakan akal oleh Allah....
Segala persoalan ini akan dijawap oleh akal dan perasaan..
Posted by Khairul@k14uPm at 1:44 AM 0 comments
Friday, January 23, 2009
Jepun telah mengumumkan penghapusan duti import bagi 88 peratus produk Malaysia yang dieksport ke negara itu.Ini berikutan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Asean-Jepun(AJCEP).Pengecualian duti import ini berkuatkuasa pada 1 februari 2009.Duti bagi 4 peratus produk Malaysia lagi dijangka akan dihapuskan dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi.Pengurangan dan penghapusan duti bagi 102 produk lagi akan dipercepatkan termasuk produk petroleum dan semua bentuk polivinil klorida.Perdagangan Malaysia dengan Jepun untuk tempoh Januari-November 2008 berjumlah RM124.34 bilion. Eksport ke Jepun berjumlah RM63.45 bilion dan import dari Jepun sebanyak RM60.88 bilion. Pada 2007, Jepun adalah rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia dengan nilai dagangan RM120.8 bilion (eksport: RM55.2 bilion dan import: RM65.5 bilion). Perdagangan dengan Jepun menyumbang 10.9 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan dunia pada 2007. Jepun juga adalah sumber penting untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi Malaysia. Malaysia meluluskan pelaburan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.5 bilion) dari Jepun dan meluluskan pelaburan syarikat Jepun di Malaysia pada 2008 sebanyak AS$1.3 bilion (RM4.5 bilion).Ini merupakan satu peluang yang besar rakyat Malaysia untuk menceburkan diri dalam perniagaan di peringkat antarabangsa.Jepun merupakan satu tapak yang sesuai untuk melakukan pelaburan memandangkan insentif yang diberikan oleh kerajaan jepun.Selain itu Jepun juga mempunyai teknologi serta pekerja mahir yang tinggi.Ini membuatkan setiap pelaburan yang dilakukan mendapat manfaat.Penghapusan duti import ini juga membolehkan produk-produk Malaysia lebih berdaya saing dengan produk-produk dari negara lain.
Posted by Khairul@k14uPm at 12:53 AM 1 comments